Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Tekanan Darah Rendah Atau Hipotensi

Tekanan darah rendah atau hipotensi

Tekanan darah rendah atau dikenali sebagai hipotensi merupakan keadaan tekanan darah yang kurang atau rendah dari tekanan darah yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Hipotensi akan wujud apabila organ dari tubuh tidak menerima aliran darah yang mencukupi. Setiap tekanan darah manusia tidak sama. Ia melibatkan rangsangan dalam saluran darah, kawalan utama jantung, otak dan buah pinggang.

 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tekanan darah rendah atau hipotensi

Jika anda ditimpa simptom tekanan darah rendah, periksa kembali tahap kesihatan anda.

 

 

Perkara yang mempengaruhi tekanan darah

Berikut ialah perkara yang mempengaruhi tekanan darah dalam tubuh seseorang iaitu :
1. Jangkitan
2. Aktiviti harian
3. Umur
4. Ubat yang diambil
5. Pendarahan
6. Perasaan

 

Golongan yang mendapat tekanan darah rendah

Biasanya, mereka yang mendapat tekanan darah rendah terdiri dari pengamal diet dan atlet. Berikut ialah senarai penyakit yang jarang menimpa mereka :
1. Strok
2. Sakit jantung
3. Penyakit mata
4. Pengerasan dan penyempitan saluran pembuluh darah

 

Simptom tekanan darah rendah

Mereka yang menghidap tekanan darah rendah akan menunjukkan simptom awal contohnya :
1. Mudah haus
2. Defresi
3. Nafas pendek dan pantas
4. Sukar fokus
5. Mual
6. Mata berpinar-pinar
7. Kulit terasa sejuk, pucat dan lembab

Jika seorang wanita berhajat untuk mengandung, mereka disarankan untuk menjalani pemeriksaan sebelum mengandung. Komplikasi akan dapat dielakkan daripada menimpa bayi berkenaan.

 

Punca tekanan darah rendah

Tekanan darah rendah dipengaruhi oleh kadar darah yang dipompakan oleh jantung dan ketahanan pembuluh darah yang kecil pada badan. Berikut ialah punca yang menyebabkan tekanan darah rendah :
1. Kurang jumlah darah. Cecair yang mengalir di dalam salur darah seakan-akan pendarahan yang tidak terkawal.
2. Dehidrasi. Keadaan ini menyusutkan jumlah kandungan cecair akibat muntah dan cirit-birit.
3. Masalah jantung. Jantung yang berdenyut kencang bertukar-tukar dengan denyutan yang lambat akibat otot yang lemah.

 

Tips elak tekanan darah rendah atau hipotensi

Berikut ialah cara yang boleh digunakan untuk mengatasi tekanan darah rendah atau hipotensi iaitu :
1. Minum kopi
2. Kurangkan pengambilan gula
3. Minum air kosong dengan kerap
4. Elakkan mandi air panas
5. Bersukan dengan konsisten
6. Elakkan angkat beban yang terlalu berat
7. Dapatkan tidur yang berkualiti
8. Pantau tekanan darah selalu

 

Image may be NSFW.
Clik here to view.

The post Tekanan Darah Rendah Atau Hipotensi appeared first on Latihan Separa Perubatan Gred U29.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10