Syarat-syarat permohonan Separa Perubatan
Separa Perubatan merupakan satu program yang diuruskan oleh Badan Pengambilan Khas bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Syarat-syarat permohonan Separa Perubatan terbahagi kepada 2 bahagian yang utama iaitu :
1. Program sijil. Pemohon diwajibkan untuk memiliki sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Ujian Lisan, Sains dan Matematik. Keutamaan akan diberi kepada calon yang mendapat keputusan lulus untuk subjek Bahasa Inggeris.
Program latihan sijil yang dikendalikan ialah Latihan Jururawat Masyarakat, Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian dan Latihan Pembantu Kesihatan Awam.
2. Program diploma. Pemohon diwajibkan untuk memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang mendapat pengiktirafan dan sama taraf dengannya dengan lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan termasuk lulus 6 subjek dan 2 daripadanya mendapat kepujian dan yang lain mestilah di tahap lulus.
Program latihan diploma yang dikendalikan ialah Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota), Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja), Latihan Jururawat, Latihan Jururawat Pergigian, Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan, Latihan Juruteknologi Pergigian, Latihan Juru X-Ray, Latihan Penolong Pegawai Farmasi dan Latihan Penolong Pegawai Perubatan.
Cara mendaftar permohonan Separa Perubatan
Setiap permohonan wajib dilakukan secara online menerusi portal rasmi SPA.
Clik here to view.

Fahami syarat-syarat yang dikemukakan sebelum membuatsebarang permohonan.
Peperiksaan online Separa Perubatan
Bagi pemohon yang layak, SPA akan memanggil calon-calon untuk menduduki peperiksaan online Separa Perubatan. Peperiksaan online ini akan diadakan pada waktu malam di sekitar jam 8.00 malam. Oleh itu anda haruslah membuat persediaan dari segi pengetahuan yang berkaitan dengan Separa Perubatan dan talian internet yang stabil.
Terdapat 2 seksyen soalan yang bakal ditanya semasa peperiksaan dijalankan. Pihak SPA akan memberitahu apakah skop soalan Separa Perubatan yang akan keluar menerusi semakan online. Dari situ calon-calon yang layak akan dimaklumkan tentang masa, tarikh dan seksyen-seksyen soalan yang bakal keluar.
Dalam slip peperiksaan yang dibekalkan, ada 2 seksyen soalan yang akan disoal iaitu Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Seksyen Pengetahuan Am berkisar tentang informasi yang berkaitan dengan bidang perubatan, kesihatan, penyakit, pentadbiran Malaysia dan teknologi maklumat. Untuk seksyen Ujian Psikometrik, ia lebih kepada soalan untuk menentukan kecenderungan minat calon.
Rujukan peperiksaan Separa Perubatan
Jika dilihat pada buku-buku yang terdapat di pasaran, tiada rujukan khusus yang berkaitan dengan Separa Perubatan. Ianya amat sukar ditemui dan berkemungkinan hanya boleh didapati secara online sahaja. Oleh itu anda yang berminat untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan boleh mendaftar di senarai menunggu menerusi banner di bawah ini.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
The post Syarat-Syarat Permohonan Separa Perubatan appeared first on Latihan Separa Perubatan Gred U29.